TVET Malaysia

Berbanding sambung belajar di universiti selepas SPM, mungkin ramai yang jarang dengar tentang maksud TVET Malaysia. Mungkin juga ramai tak tahu bahawa yuran TVET juga agak murah berbanding pendidikan di universiti.

Tak usah bimbang, kami akan cuba jelaskan satu persatu tentang TVET di Malaysia. Hal Ini kerana TVET adalah kursus yang sesuai untuk pelajar gagal SPM. Sesuai juga untuk yang gagal permohonan UPU dan tidak mendapat tempat di institut pengajian tinggi.

Apa itu TVET Malaysia?

TVET Malaysia merujuk kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di Malaysia yang memberi tumpuan kepada latihan industri dan kemahiran praktikal. Ia bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.

Program TVET Malaysia dibina berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang menekankan aspek psikomotor, latihan amali, dan pengalaman industri sebenar. Terdapat pelbagai kursus TVET di Malaysia yang boleh dipilih, sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar. Untuk rujukan, sila lihat senarai kursus TVET yang ada di Malaysia.

Walaupun kursus TVET di Malaysia sering disalah anggap sebagai pilihan kedua dan hanya sesuai untuk individu yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik, persepsi ini semakin berubah. Graduan program TVET Malaysia kini mendapat nilai lebih oleh majikan.

Siapakah Sasaran Utama TVET Malaysia?

Secara umumnya, terdapat dua aliran TVET yang menawarkan sijil/diploma yang diiktiraf oleh MQA.

  1. Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sijil atau Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi yang menawarkan aliran TVET ini termasuk Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.
  2. Bagi pelajar yang kurang minat dalam akademik tetapi lebih suka belajar secara praktikal, lepasan PT3 atau tanpa SPM juga boleh belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran (PLK) awam atau swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Bagi pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau mendapat latihan semula (reskilling) juga boleh menyertai latihan TVET melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Pekerja mahir dengan pengalaman kerja dalam bidang tertentu juga boleh memohon pensijilan TVET@Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Apakah Syarat dan Kelayakan Kemasukan Kursus TVET?

Untuk mengikuti program TVET Malaysia, syarat kemasukan termasuklah:

  • Warganegara Malaysia. Jika bukan, boleh berdaftar di Pusat Bertauliah Antarabangsa
  • Sihat tubuh badan, tiada kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit yang boleh menghalang pelaksanaan kerja praktikal dan amali sepanjang kursus.
  • TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
  • Mempunyai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis.
  • Bebas dari masalah mental.
  • Berminat dengan program yang dipohon.

Bagaimana Dengan Masa Depan Graduan TVET?

Bidang TVET Malaysia menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik. Menurut kajian, berdasarkan pengesanan graduan TVET Malaysia, kebolehpasaran graduan kemahiran adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, graduan TVET mempunyai peluang yang menguntungkan.

Institusi TVET menawarkan kemahiran yang menjadi kebutuhan banyak syarikat.

Kemahiran ini bukan sahaja memudahkan anda mendapatkan pekerjaan, malah dapat membuka peluang kepada diri sendiri untuk mencipta peluang pekerjaan baru dengan kemahiran yang sedia ada.

Sebagai contoh, jika sambung belajar welding dalam program TVET, graduan boleh bekerja sebagai underwater welder dalam industri oil & gas. Gaji sebagai welder bawah air adalah sangat-sangat tinggi, sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Apakah Kelebihan Program TVET?

Antara kelebihan program TVET adalah graduan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.

Program TVET ini membolehkan anda meningkatkan kemahiran diri dan mempelajari keupayaan produk melalui eksperimen atau uji kaji.

Peluang kerja juga tinggi berbanding graduan laluan akademik. Untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan.

Apakah Contoh Program TVET di Malaysia?

Berikut adalah program TVET yang popular di Malaysia.

  • Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik
  • Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari)
  • Perkhidmatan pembaikan & servis diagnostik – kenderaan ringan
  • Pembuatan roti/pastri
  • Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik
  • Aplikasi rekabentuk grafik (digital) / rekaan grafik
  • Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pentadbiran Sistem/Rangkaian Komputer
  • Pembuatan Pakaian Wanita
  • Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

Sijil TVET diiktiraf oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan badan-badan profesional yang lain.

Bolehkah Dapat Pinjaman Untuk Sambung Belajar TVET?

Ya, pelajar yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang TVET selepas SPM di Malaysia boleh memohon pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). 

PTPK menyediakan pinjaman untuk kursus kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bidang TVET yang terpilih.

Jika anda tidak tahu nak pilih tempat untuk sambung belajar welding dan tidak faham tentang keseluruhan proses untuk permohonan pinjaman, boleh hubungi kami di Yuran.my

18 thoughts on “TVET Malaysia”

  1. Anak saya tidak pandai dalam bidang
    akademi tapi dia amat meminati automotif.
    Bolehkah dia belajar disini (Tvet) ?.

    Reply
    • Sesetengah kolej boleh menerima sehingga umur 45 tahun. Boleh semak syarat kelayan pada kolej kemahiran yang anda mohon.

      Reply

Leave a Comment