Cabaran dalam TVET terus menjadi isu penting dalam pembangunan pendidikan dan tenaga kerja negara. Walaupun peluang pekerjaan dalam bidang TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) terus berkembang dari semasa ke semasa, terdapat beberapa cabaran dalam TVET yang masih belum ditangani secara menyeluruh. Antara cabaran dalam TVET yang paling ketara ialah jurang antara keperluan industri dengan kandungan dan pendekatan dalam pendidikan TVET yang disediakan oleh institusi latihan.
Industri kini memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, cekap, dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta permintaan pasaran kerja yang semakin kompetitif. Oleh itu, salah satu cabaran dalam TVET yang utama adalah memastikan kurikulum yang ditawarkan benar-benar relevan dengan keperluan industri semasa. Sekiranya kurikulum TVET tidak seiring dengan keperluan dunia pekerjaan, maka graduan TVET akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka. Ini akhirnya akan menjejaskan imej TVET dan mengurangkan minat golongan muda terhadap pendidikan vokasional.
Cabaran dalam TVET
Adakah cabaran ini berkaitan kurikulum TVET yang tidak relevan dengan industri?
Ya, cabaran dalam TVET ini sangat berkait rapat dengan kandungan kurikulum yang tidak dikemas kini atau tidak disesuaikan dengan kehendak industri. Banyak industri bergerak pantas dalam penggunaan teknologi baharu, namun institusi TVET masih bergelut untuk menyesuaikan silibus mereka agar setanding dengan perubahan ini. Keadaan ini menyebabkan wujud ketidaksepadanan antara apa yang diajar dengan apa yang diperlukan di tempat kerja.
Adakah perubahan teknologi seiring dengan pendidikan TVET?
Tidak. Ini juga merupakan satu lagi cabaran dalam TVET yang besar — iaitu ketidakseiringan antara perubahan teknologi dan sistem pendidikan vokasional. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kemunculan teknologi seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan analitik data telah mengubah cara kerja dan jenis kemahiran yang diperlukan. Namun, ramai pelatih TVET masih belum terdedah sepenuhnya kepada teknologi ini kerana kekurangan peralatan, tenaga pengajar mahir, serta kurikulum yang masih berorientasikan pendekatan lama.
Untuk menangani cabaran dalam TVET ini, sistem pendidikan teknikal perlu mengadaptasi pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka, termasuk dari segi kandungan, infrastruktur, serta latihan kepada tenaga pengajar agar seiring dengan keperluan IR4.0.
Pendidikan TVET termasuklah politeknik dan kolej komuniti perlu diberi tumpuan sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi, dan mampu menyesuaikan diri selaras dengan perkembangan IR4.0 (Omardin, 2019).
Apa perlu dilakukan untuk hadapi cabaran TVET ini?
Bagi menangani cabaran dalam TVET dengan berkesan, pelbagai langkah strategik perlu diambil. Antaranya ialah memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan TVET dengan sektor industri. Kerjasama ini penting bagi membolehkan pihak institusi memahami keperluan sebenar industri dan menyesuaikan kurikulum serta latihan berdasarkan kemahiran yang dicari.
Selain itu, inisiatif seperti program latihan industri, pensijilan profesional, dan latihan semula (reskilling) serta peningkatan kemahiran (upskilling) perlu dilaksanakan secara lebih meluas. Cabaran dalam TVET juga boleh diatasi dengan menyediakan peluang kepada tenaga pengajar untuk mengikuti latihan berterusan agar mereka dapat menyampaikan ilmu dan kemahiran terkini kepada pelajar.
Apa pendirian masyarakat tentang TVET?
Pendirian masyarakat terhadap TVET turut memainkan peranan besar dalam mengatasi cabaran dalam TVET. Dahulu, TVET sering dianggap sebagai pilihan kedua atau terakhir selepas pendidikan akademik. Namun kini, persepsi tersebut semakin berubah. Masyarakat Malaysia semakin menyedari bahawa pendidikan teknikal dan vokasional merupakan satu laluan pendidikan yang praktikal, relevan dan menjanjikan masa depan kerjaya yang cerah.
Graduan TVET yang mahir dan berpengalaman sering mendapat permintaan tinggi dalam sektor pembinaan, teknologi, pembuatan, kejuruteraan, dan automotif. Mereka juga mampu menjana pendapatan yang stabil dan setimpal dengan kemahiran yang dimiliki. Peningkatan kesedaran ini penting dalam usaha mengubah tanggapan negatif terhadap TVET serta menyelesaikan sebahagian cabaran dalam TVET berkaitan sokongan masyarakat.
Benarkah TVET lebih ke arah teknikal berbanding teori?
Ya. Ini adalah ciri utama TVET dan juga antara penyebab kenapa ia berbeza dengan pendidikan akademik tradisional. Cabaran dalam TVET tidak hanya melibatkan sistem pendidikan itu sendiri, tetapi juga berkait dengan bagaimana pendekatan praktikal ini difahami dan dihargai oleh masyarakat serta pihak majikan. TVET menekankan aspek kemahiran praktikal, latihan tangan (hands-on), dan pengalaman kerja sebenar berbanding hanya teori semata-mata.
Pelajar TVET biasanya lebih gemar mencuba perkara baharu, berinteraksi dengan peralatan teknikal, serta menyelesaikan masalah secara praktikal. Ini menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran di tempat kerja sebenar. Oleh itu, TVET dilihat sebagai landasan terbaik untuk melahirkan generasi pekerja yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Kesimpulan
Cabaran dalam TVET bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa singkat. Ia memerlukan pendekatan holistik, melibatkan penyelarasan antara kerajaan, industri, institusi pendidikan dan masyarakat secara keseluruhan. Dengan komitmen yang berterusan dan pelaburan strategik dalam bidang ini, Malaysia mampu membina ekosistem TVET yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.