Pelajar-pelajar lepasan SPM tidak kira lulus atau gagal dan mempunyai minat untuk menjadi mutawif profesional kini boleh sambung belajar dalam bidang ini. Kursus mutawwif kini menjadi pilihan kerjaya yang semakin popular dalam kalangan lepasan sekolah dan individu yang berminat dengan bidang keagamaan. Bukan itu sahaja, yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga boleh mohon untuk masuk kursus mutawwif.
Mereka yang kurang mahir berbahasa Arab berpeluang untuk mohon kursus mutawif dan menyertai kerjaya sebagai mutawif melalui diploma yang disediakan oleh institusi yang diiktiraf di Malaysia. Kursus ini disusun mengikut format TVET (Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional) di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan menjanjikan laluan kerjaya yang jelas serta stabil.
Kursus mutawwif
Apa itu Kursus Mutawif?
Kursus ini memberi latihan menyeluruh kepada individu yang ingin menjadi mutawwif profesional, iaitu pembimbing ibadah umrah dan haji. Ia melibatkan pembelajaran teori dan praktikal, serta pendedahan langsung kepada suasana sebenar di Tanah Suci.
Antara modul utama yang dipelajari termasuk:
- Fiqh ibadah haji dan umrah
- Sejarah Islam dan tempat-tempat suci
- Asas dan perbualan dalam Bahasa Arab
- Etika membimbing dan pengurusan jemaah
- Pengendalian logistik dan urusan perjalanan
Matlamat utama kursus ini adalah untuk melahirkan mutawif profesional yang mampu membimbing jemaah dengan penuh hikmah dan kefahaman mendalam.
Apa Syarat Kemasukan Kursus Mutawwif?
Syarat untuk menyertai kursus mutawif adalah sangat fleksibel:
- Terbuka kepada individu berumur 17 hingga 45 tahun
- Tidak wajib memiliki SPM
- Pelajar dari institusi tahfiz dialu-alukan
- Mempunyai minat yang tinggi dalam pembelajaran dan bimbingan agama
Tiada syarat wajib untuk memiliki SPM. Pendekatan inklusif ini memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menceburi bidang ini, termasuk mereka yang ingin menukar kerjaya atau mencari hala tuju baru dalam hidup.
Kalau tak pandai Bahasa Arab, boleh jadi mutawif?
Ya, boleh. Ramai yang risau jika tidak fasih dalam Bahasa Arab. Namun, jangan bimbang. Pelajar kursus mutawwif akan melalui latihan Bahasa Arab asas dan komunikasi sepanjang tempoh pengajian, biasanya selama dua tahun. Dalam semester akhir, mereka akan mendapat pengalaman praktikal di Tanah Suci untuk mengiringi dan membimbing jemaah secara sebenar.
Ini membantu pelajar membina keyakinan dan kefahaman dalam situasi sebenar sebagai mutawwif.
Ada bantuan kewangan untuk pelajar kursus mutawif?
Bagi yang menghadapi cabaran kewangan, berikut adalah kemudahan yang disediakan:
- Pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Elaun bulanan RM400 bagi pelajar sepenuh masa
- Bantuan tempat tinggal dan makan di sesetengah institusi
Ini menunjukkan bahawa peluang untuk menyertai kursus mutawif terbuka kepada semua, tanpa mengira latar belakang ekonomi.
Kelebihan Menjadi Mutawif
Tugas sebagai mutawif bukan sahaja memberi pendapatan, tetapi juga pahala yang berpanjangan. Antara kelebihan menyertai bidang ini termasuk:
- Kerjaya yang bermakna: Bantu umat Islam menunaikan rukun Islam kelima
- Permintaan tinggi: Agensi pelancongan umrah sentiasa mencari mutawif berkelayakan
- Peluang melancong ke luar negara: Terutamanya ke Arab Saudi
- Rezeki yang diberkati: Mendapat pahala di samping sumber pendapatan
- Laluan keusahawanan: Ramai bekas pelajar membuka agensi umrah sendiri
Penutup
Kursus mutawwif bukan sahaja membuka jalan kerjaya dalam bidang agama, tetapi juga memberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat. Jika anda berminat untuk membimbing jemaah dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ibadah mereka, inilah masanya untuk mengambil langkah pertama.
Anak saya akan mengambil SPM 2024, boleh tolong share maklumat lanjut untuk mengikuti program ini.
Insyaallah ambil spm 2025
anak perempuan saya berminat untuk jadi mutawif. beliau baru calon SPM 2024 .
bagaimana cara nya.
Boleh layari laman web rasmi https://www.pmdic.edu.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan kursus mutawif.